Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU DAN HARI IBU

Assalamualaikum

Hari ini saya nak masukkan gambar kraft2 yang telah saya buat sempena hari guru dan hari ibu sepanjang bulan Mei ini. Tempahan yang telah dibuat oleh kakak saya… kak lini.. kak lini nak bekas makeup utk kawan2 setaman yang selalu membeli buah tangan utk dirinya jika keluar negara, jadi kak lini nak bagilah sesuatu yang istimewa utk kawan2 setamannya itu.. jadi saya sediakan 3 makeup case utk kak lini dengan tema yang berlainan.

Beberapa hari kemudian, anak sulong kak lini, Aizuddin ada mintak cadangan utk hadiah hari ibu, jadi saya cadangkan utk buatkan makeup case. Tak pun mak boleh letak bil2 kalu tak nak letak makeup pun. Sebab kakak saya nih, macam saya… tak suka pakai makeup. Tapi kami suka barang yang sama…. BONIA. Huhuhu…..

Tempahan kak lini tidak berakhir disitu, anak2 perempuan nya lak nak tempah barang kraft utk sambutan hari guru. Saya cadangkan utk buat bekas duit syiling. Tapi setelah mengambil kira kekangan masa… (hehe… saya tak sempat nak buat sebenarnya.. anak saya sedang melasakkan diri sekarang).. penanda buku adalah penyelamat kepada segalanya.. hahaha ayat…

Tetapi kekalutan tidak berakhir disitu.. ketika saya sedang menyiapkan tempahan mereka di Kuala Lumpur ( baik punyer.. bercuti pun buat kerja kan.. kan.. kan…) , anak arwah abg usop… Amy Maisara pun bersuara “Amy nak bagi kat 6 orang cikgu sekolah AmY…. Terkedu dengarnya.. ESOK DAH HARI GURU!! . utk tidak menghampakan si kecil, saya buatkan voque flower hair clip…. Lepas tuh. Si kakak pun nak.. Adila kata nak 4!.. Amira nak 3!.. jadi semua 13. Okeylah saya buatkan sampai jari pun luka tergunting.. haha sudah bertukar felt dengan jari sendiri.. SEmua bayaran dibuat oleh CIK SU ALIN (Semoga Allah melimpahkan rezeki utk CIK SU ALIN ya..)

Jadi kawan-kawan.. silalah lihat hasil kerja tangan saya yang tak seberapa nih… terima kasih…


SEBELUM TUH, SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA KAKAK2 KESAYANGAN SAYA... KERANA TELAH MENJADI IBU DAN BAPA SAYA SEJAK SAYA KECIL.. WALAU SAYA TAHU SAYA SEORANG ANAK YANG DEGIL.. TAPI SAYA RASA SAYA TELAH DAPAT MEMBANGGAKAN KAKAK2 SAYA DENGAN KEJAYAAN SAYA DARI SEGI PELAJARAN DAN PEKERJAAN (AYAT MACAM PEMENANG ANUGERAH LAK) HAHAHAHA. BUAT MAK SAYA.. RAHMAH YAACOB, AL-FATIHAH SAYA KIRIMKAN DARI KEJAUHAN


Seterusnya.. selamat menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah


Penanda buku a.k.a bookmark.. Selamat Hari Guru


kat atas tali penanda buku saya letakkan wood button.. nanti kalu letak kat buku... nampak ler button2 yang cute tuh


ribbon saya letak ada image rerama.. comey kan kan kan


bekas duit syiling bersama penanda buku.. utk izzah kepada ustaz dan ustazah katanya


voque flower hair clip.. utk anak2 arwah abang usop. saya letakkan button2 yang fancy sikit


make case kak lini utk kawan2 setamannya.. yang nih saya buat tema burung ditaman


yang nih lak.. si lebah yang sibuk mencari cintanya


dan yang ini bertemakan rama2 dan cendawan cute..hehe


bekas duit2 syiling.. kata izzah utk cikgu2 lelaki..

"jangan segan2 utk menanyakan atau berminat membuat tempahan"

1 comments:

Tulip Chantek said...

Salam..comelnya...brapa harga kalau nak tempah ya? untuk beg syiling & penanda buku tu? :)

Post a Comment