Tuesday, March 29, 2011

Tempahan Laskar Cinta

Assalamualaikum..

post kali nih kak nana nak tunjukkan keychain tempahan kakak . kakak nih anak sedara saya. nama nyer mira. nama glamour di fb *Laskar Cinta*. mira mula2 tuh call hari sabtu cakap nak 10 jer... lepas tuh hari ahad call nak 15 pulak. paling best nak hari selasa jugakkkkkkk.. nasib baik anak sedara. kalu orang lain takdok dah. nih kira htr terus kepintu. kepintu parkson, kb. sebab kakak nak bagi kat kawan2 sekerja dia sempena dia tamat kontrak kerja.

kakak kata. buatlah bentuk apapun, janji siap.. jadinya... saya buatlah ikut citarasa saya. memandangkan ini adalah tempahan pertama dalam kuantiti yang banyak, jadi saya pelbagaikan bentuk keychain. template2 nih kak nana dapatkan dari kedai susu dan jaja craft.

kerja2 mengunting dilakukan pada hari sabtu dan ahad dan hari2 seterusnya adalah kerja utk menjahit. dibawah nih keychain yang telah berjaya disiapkan.

mula sekali, macam biasa saya siapkan bentuk cup cake dulu. sebab saya sangat2 suka buat cup cake nih. template cup cake nih saya dapat dari kedai sus dengan sedikit pengubahsuaian. semua ada 6 pcs cup cake.


cup cake keychain = RM 7.00 seunit

Seterusnya, saya belek2 dalam google. jadi saya jumper lah felt2 yang dibentuk dengan cantik menjadi mushroom (betul ke ayat saya nih.. bolehlah ya..). jadi saya buat 2 bentuk mushroom. sejujurnya. saya sekarang sangat gilakan bentuk mushroom sekrg nih. kalu lihat di google tu, semuanya cute2. tapi saya hanya hadkan dua unit utk bentuk mushroom. yang penting.. PELBAGAI bak kata suami kesayangan saya.



mushroom keychain : RM 6 seunit


seterusnya bentuk bow...template dari jaja craft. lawa kan? saya pilih color pink utk yang ni. dihiasi dengan brad dan tiny button.


bow keychain : RM 4 seunit


bentuk butterfly nih lak saya cuba ceriakan dengan butang2.. sory ada terselit duit dua posen kat situ. kononnya nak tunjukkan size rama2 saya tuh. huhu..


rama-rama keychain = RM 7 seunit


simple flower. nih saya tibai bagi nama sendiri.. huhu..sangat simple pun kan. anyway sebenarnya saya potong felt bentuk nih sebenarnya nak buat clip hair. alih2 terasa nak buat keychain lah pulak..jangan mare ya..


simple flower keychain = RM 3 seunit


lolipop keychain nih yang paling saya suka jahit selain dari cup cake.. percubaan pertama yang menjadi. Alhamdulillah dan saya terus jatuh cinta dengan lolipop nih. ada banyak dah felt potong utk lolipop. macam biasa, kena ada masa dulu baru leh jahit benda2 yang mencabar nih.



lolipop keychain = RM 7.00 seunit


akhirnya pada jam 2 pagi setelah tertido dan bangun kembali utk menyiapkan tempahan kakak mira, saya berjaya siapkan 15 keychain. memang lambat saya menjahit. harap maklum ya. 15 pcs semua. huhu
pamdamham

sila beratur... nak ambik gambor..


okey senyum semua... nak masuk blog tau..



selesai dipackkan pada jam 6.30 pagi. selepas solat subuh dan bersiap ke tempat kerja. saya letakkan bersama label kedai kecik saya nih. utk promosi.



dimasukkan kedalam kotak kasut suami saya. sory abg sayang. umie tak jumper kotak lain dah. dah berjaya di hantar ke pintu parkson pada jam 6.30 petang... lepas balik kerja ... hehe..


apapun terima kasih kepada mira sebab sudi tempah dengan cik na ya. anak sedara saya panggil saya cik na. kat opis pun orang panggil saya cik na. jadi saya adalah ibu sedara kepada semua orang.. hahahah. tak kira tua atau yang muda...

kepada kawan2 yang lain. kalau nak tempah jangan segan2 call saya ya atau boleh terus htr kan email kat qistinashop@yahoo.com.my ataupun di fb saya di ros rashid ya...

sekian sahaja utk hari nih..

wassalam :)

0 comments:

Post a Comment