Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum.............

post pertama saya.. sangat teruja sebenarnya lepas sha telah menunjukkan template blog ini yang hampir siap. sangat tidak sabar nak menulis.. sampai tak tahu apa nak tulis..

Bismillahirahmanirahim.

mula2 sekali...saya nak ucapkan terima kasih dekat semua orang yang membantu saya dalam merealisasikan impian saya untuk menjalankan perniagaan kecil saya.. Qistina Shop.

orang tanya.. kenapa Qistina? sebab Qistina itu adalah nama anakda saya.. Wan Aeisya Qistina binti Wan Mohamed Azizi.. ambik ko. nama penuh lagi. hehe. ada orang tanya jugak,, kenapa nak berniaga barang2 kraft? jawapan saya mudah. saya minat kerja2 kraft sejak saya kecil lagi. arwah ibu saya adalah orang utama yang mendorong saya mengembangkan minat dalam pembuatan kraft. moment pertama yang saya minat giler buat kraft sekitar umur saya 10 tahun, ibu saya telah memberikan duit kepada Kak Zan (anak jiran kami) supaya kak belikan riben kepada saya utk dibuat riben bunga. masa tuh bunga riben sangat "in".

Terima Kasih Alllah. kerana telah menunjukkan dan membuka satu lagi pintu rezeki utk kami sekeluarga

apapun, dikesempatan ini. saya ingin ucapkan terima kasih buat suami saya "Azizi" kerana telah memberikan kepercayaan, dorongan dan modal kepada saya utk memulakan perniagaan kecil ini.

terima kasih juga buat kawan2 alam maya yang telah merealisasikan impian saya menjadi kenyataan seperti Kedai Susu ( http://kedaisus.blogspot.com )- kerana telah banyak memberikan idea dalam menghasilkan kraft yang menarik dan raw material yang bermutu, Jiya Si Pengembala Kambing ( http://littlecolourshop.blogspot.com ) - kerana telah menghasilkan header, bagde, watermark bagi mencantikkan blog saya dan Sha ( http://networkedblogs.com/fKWYA ) - kerana telah membuat template blog ini dan menjadikan ia sangat cantik.. kepada ketiga2 kawan alam maya saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih.

itu sahaja post pertama saya. kerana saya perlu menyiapkan keychain.. sementara si kecil tido..

0 comments:

Post a Comment