Tuesday, March 29, 2011

Tempahan Laskar Cinta

Assalamualaikum..

post kali nih kak nana nak tunjukkan keychain tempahan kakak . kakak nih anak sedara saya. nama nyer mira. nama glamour di fb *Laskar Cinta*. mira mula2 tuh call hari sabtu cakap nak 10 jer... lepas tuh hari ahad call nak 15 pulak. paling best nak hari selasa jugakkkkkkk.. nasib baik anak sedara. kalu orang lain takdok dah. nih kira htr terus kepintu. kepintu parkson, kb. sebab kakak nak bagi kat kawan2 sekerja dia sempena dia tamat kontrak kerja.

kakak kata. buatlah bentuk apapun, janji siap.. jadinya... saya buatlah ikut citarasa saya. memandangkan ini adalah tempahan pertama dalam kuantiti yang banyak, jadi saya pelbagaikan bentuk keychain. template2 nih kak nana dapatkan dari kedai susu dan jaja craft.

kerja2 mengunting dilakukan pada hari sabtu dan ahad dan hari2 seterusnya adalah kerja utk menjahit. dibawah nih keychain yang telah berjaya disiapkan.

mula sekali, macam biasa saya siapkan bentuk cup cake dulu. sebab saya sangat2 suka buat cup cake nih. template cup cake nih saya dapat dari kedai sus dengan sedikit pengubahsuaian. semua ada 6 pcs cup cake.


cup cake keychain = RM 7.00 seunit

Seterusnya, saya belek2 dalam google. jadi saya jumper lah felt2 yang dibentuk dengan cantik menjadi mushroom (betul ke ayat saya nih.. bolehlah ya..). jadi saya buat 2 bentuk mushroom. sejujurnya. saya sekarang sangat gilakan bentuk mushroom sekrg nih. kalu lihat di google tu, semuanya cute2. tapi saya hanya hadkan dua unit utk bentuk mushroom. yang penting.. PELBAGAI bak kata suami kesayangan saya.



mushroom keychain : RM 6 seunit


seterusnya bentuk bow...template dari jaja craft. lawa kan? saya pilih color pink utk yang ni. dihiasi dengan brad dan tiny button.


bow keychain : RM 4 seunit


bentuk butterfly nih lak saya cuba ceriakan dengan butang2.. sory ada terselit duit dua posen kat situ. kononnya nak tunjukkan size rama2 saya tuh. huhu..


rama-rama keychain = RM 7 seunit


simple flower. nih saya tibai bagi nama sendiri.. huhu..sangat simple pun kan. anyway sebenarnya saya potong felt bentuk nih sebenarnya nak buat clip hair. alih2 terasa nak buat keychain lah pulak..jangan mare ya..


simple flower keychain = RM 3 seunit


lolipop keychain nih yang paling saya suka jahit selain dari cup cake.. percubaan pertama yang menjadi. Alhamdulillah dan saya terus jatuh cinta dengan lolipop nih. ada banyak dah felt potong utk lolipop. macam biasa, kena ada masa dulu baru leh jahit benda2 yang mencabar nih.



lolipop keychain = RM 7.00 seunit


akhirnya pada jam 2 pagi setelah tertido dan bangun kembali utk menyiapkan tempahan kakak mira, saya berjaya siapkan 15 keychain. memang lambat saya menjahit. harap maklum ya. 15 pcs semua. huhu
pamdamham

sila beratur... nak ambik gambor..


okey senyum semua... nak masuk blog tau..



selesai dipackkan pada jam 6.30 pagi. selepas solat subuh dan bersiap ke tempat kerja. saya letakkan bersama label kedai kecik saya nih. utk promosi.



dimasukkan kedalam kotak kasut suami saya. sory abg sayang. umie tak jumper kotak lain dah. dah berjaya di hantar ke pintu parkson pada jam 6.30 petang... lepas balik kerja ... hehe..


apapun terima kasih kepada mira sebab sudi tempah dengan cik na ya. anak sedara saya panggil saya cik na. kat opis pun orang panggil saya cik na. jadi saya adalah ibu sedara kepada semua orang.. hahahah. tak kira tua atau yang muda...

kepada kawan2 yang lain. kalau nak tempah jangan segan2 call saya ya atau boleh terus htr kan email kat qistinashop@yahoo.com.my ataupun di fb saya di ros rashid ya...

sekian sahaja utk hari nih..

wassalam :)

Sunday, March 27, 2011

BIG BUTTON BROOCH


Assalamualaikum..

Selamat Tengahari kawan2 dan lawan2.. hehe. leh ke ayat nih? tibai sajalah. hari nih saya nak tunjukkan big button. size button nih 3cm. meme besar.. tapi lawa dan lain dari yang lain. kalu dekat pasir puteh nih, kalu pakai button ni, memang tak sama dengan orang lain. tapi kalu dekat pejabat nih sini memang ada sama lah sebab dah jual kat sini....


belakang butang besar2 nih saya letak brooch pin.. size lebih kurang 2.5cm. jadi tegap lah pakai. tak dapat nak letak gambar banyak sebab tak jumper charger kamera lagi. nanti dah jumper saya letak gambar kaw2 punyer.


dah seronok bercerita lupa lak nak bagi tahu rege nya. harga utk yang nih RM3.00 satu ya... tapi dengan belian lebih. anda lebih jimat. tak caya cuba htr pertanyaan anda di email saya atau terus di facebook saya ya...



big button : RM 3.00 seunit

Saturday, March 26, 2011

CEKAK RAMBUT SWEET


cekak rambut nih saya buat berdasarkan template dari yonie..saya lak nama blog yonie. material dari kedai sus. menggunakan aqua felt.. ada 4 warna semuanya. satu saya jual dengan harga RM8.00 seunit. tapi yang ini dah sold out. tapi takper.. raw material masih banyak lagi. sapa2 nak tempah boleh lagi..











(sory terpaksa pakaikan kat ulat mainan aeisya sebab aeisya masa nih dah tido)













(sory terpaksa pakaikan kat ulat mainan aeisya sebab aeisya masa nih dah tido)

Imej Kedai



Assalamualaikum semua

selamat pagi. sekarang baru 7.20 pagi. macam biasalah saya selalu awal hadir kepejabat kerana dihtr oleh suami... suami kena punch card kul 8.00 pagi. jadi setiap pagi suami saya perlu htr saya dulu. seawal jam 5.40 pagi , kami dah bertolak dari kb ke pasir puteh.. mungkin ada yang tertanya.. kul berapa saya bangun ya. saya bangun kul 4.30 pagi setiap pagi. letih? letih jugak. tapi takper. saya suka berborak di dalam kereta bersama suami saya. itulah quality time kami.

sementara mendapatkan kamera baru dan telefon baru hari ini, saya tak dapat nak upload gambar2 terbaru keychain dalam pembikinan saya. lolipop, mushroom, kereta, rama-rama, dan ada beberapa bentuk lagi dalam pemprosesan utk dihtr kepada tuannya sebelum 30 Mac ini. so hari ini, saya nak bercerita pasal watermark, bagde dan header yang telah dibuat olehhttp://littlecolourshop.blogspot.com/.

kita mula dengan header dulu. anyway. header nih hasil khayalan saya dan diterjemahkan oleh jiya. hehe. aeisya meme selalu macam tuh, suka bergayut dekat kaki mama. asal saya diri mesti ada jer dia kat kaki..lebih2 lagi kalau aeisya nampak mama pegang jarum atau gunting... comeykan header nih. dan yang pasti ada rama2.. hehe


..color tuh suami saya yang pilih lepas jiya tjk kan beberapa contoh.. comey sangat.


seterusnya saya mintak jiya kartunkan aeisya. ada satu gambar yang jadi favourite papa aeisya. jadi saya mintak jiya dari http://littlecolourshop.blogspot.com/ utk menghasilkan doll sebegitu. sama kan?





credit to LCS sebab gambar nih
saya ambik kat situ. tak jumper lak gambar aeisya dalam album kat fb..

dan hasilnya jadi lah begini..

badge rasmi Qistina Shop

yang nih lak watermark kami..



yang nih lak sticker. nak tampal kat setiap sampul2 post laju yang akan dihantar kepada pelanggan kami.. ahak..




yang nih lah kertas label.. utk letak semua barang kraf yang kami buat kepada customer...


itulah semua hasil kerja tangan jiya yang sabar dengan kerenah perangai pelanggan sorang nih.. hehek. sebenarnya saya kalau boleh tak nak bagi tahu kat mana saya buat semua tuh, sebab saya tak nak jiya buatkan utk orang lain (ayat tamak)... hahahahha tapi tak baikkan. saya perlu ikut seperti perangai sifu saya.. ida dari http://kedaisus.blogspot.com/. berkongsi semua info yang boleh memberi manafaat kepada orang lain ( dengan berat hati lah saya buat) hahahahah...

apapun terima kasih sekali lagi JIYA. selaind ari menjadi designer blog saya. JIYA sudah saya anggap sebagai adik angkat di alam maya dan tempat meluah perasaan.. sabor jelah JIYA ya..







Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum.............

post pertama saya.. sangat teruja sebenarnya lepas sha telah menunjukkan template blog ini yang hampir siap. sangat tidak sabar nak menulis.. sampai tak tahu apa nak tulis..

Bismillahirahmanirahim.

mula2 sekali...saya nak ucapkan terima kasih dekat semua orang yang membantu saya dalam merealisasikan impian saya untuk menjalankan perniagaan kecil saya.. Qistina Shop.

orang tanya.. kenapa Qistina? sebab Qistina itu adalah nama anakda saya.. Wan Aeisya Qistina binti Wan Mohamed Azizi.. ambik ko. nama penuh lagi. hehe. ada orang tanya jugak,, kenapa nak berniaga barang2 kraft? jawapan saya mudah. saya minat kerja2 kraft sejak saya kecil lagi. arwah ibu saya adalah orang utama yang mendorong saya mengembangkan minat dalam pembuatan kraft. moment pertama yang saya minat giler buat kraft sekitar umur saya 10 tahun, ibu saya telah memberikan duit kepada Kak Zan (anak jiran kami) supaya kak belikan riben kepada saya utk dibuat riben bunga. masa tuh bunga riben sangat "in".

Terima Kasih Alllah. kerana telah menunjukkan dan membuka satu lagi pintu rezeki utk kami sekeluarga

apapun, dikesempatan ini. saya ingin ucapkan terima kasih buat suami saya "Azizi" kerana telah memberikan kepercayaan, dorongan dan modal kepada saya utk memulakan perniagaan kecil ini.

terima kasih juga buat kawan2 alam maya yang telah merealisasikan impian saya menjadi kenyataan seperti Kedai Susu ( http://kedaisus.blogspot.com )- kerana telah banyak memberikan idea dalam menghasilkan kraft yang menarik dan raw material yang bermutu, Jiya Si Pengembala Kambing ( http://littlecolourshop.blogspot.com ) - kerana telah menghasilkan header, bagde, watermark bagi mencantikkan blog saya dan Sha ( http://networkedblogs.com/fKWYA ) - kerana telah membuat template blog ini dan menjadikan ia sangat cantik.. kepada ketiga2 kawan alam maya saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih.

itu sahaja post pertama saya. kerana saya perlu menyiapkan keychain.. sementara si kecil tido..