Saturday, July 16, 2011
Sunday, May 22, 2011
SELAMAT HARI GURU DAN HARI IBU
Assalamualaikum
Hari ini saya nak masukkan gambar kraft2 yang telah saya buat sempena hari guru dan hari ibu sepanjang bulan Mei ini. Tempahan yang telah dibuat oleh kakak saya… kak lini.. kak lini nak bekas makeup utk kawan2 setaman yang selalu membeli buah tangan utk dirinya jika keluar negara, jadi kak lini nak bagilah sesuatu yang istimewa utk kawan2 setamannya itu.. jadi saya sediakan 3 makeup case utk kak lini dengan tema yang berlainan.
Beberapa hari kemudian, anak sulong kak lini, Aizuddin ada mintak cadangan utk hadiah hari ibu, jadi saya cadangkan utk buatkan makeup case. Tak pun mak boleh letak bil2 kalu tak nak letak makeup pun. Sebab kakak saya nih, macam saya… tak suka pakai makeup. Tapi kami suka barang yang sama…. BONIA. Huhuhu…..
Tempahan kak lini tidak berakhir disitu, anak2 perempuan nya lak nak tempah barang kraft utk sambutan hari guru. Saya cadangkan utk buat bekas duit syiling. Tapi setelah mengambil kira kekangan masa… (hehe… saya tak sempat nak buat sebenarnya.. anak saya sedang melasakkan diri sekarang).. penanda buku adalah penyelamat kepada segalanya.. hahaha ayat…
Tetapi kekalutan tidak berakhir disitu.. ketika saya sedang menyiapkan tempahan mereka di Kuala Lumpur ( baik punyer.. bercuti pun buat kerja kan.. kan.. kan…) , anak arwah abg usop… Amy Maisara pun bersuara “Amy nak bagi kat 6 orang cikgu sekolah AmY…. Terkedu dengarnya.. ESOK DAH HARI GURU!! . utk tidak menghampakan si kecil, saya buatkan voque flower hair clip…. Lepas tuh. Si kakak pun nak.. Adila kata nak 4!.. Amira nak 3!.. jadi semua 13. Okeylah saya buatkan sampai jari pun luka tergunting.. haha sudah bertukar felt dengan jari sendiri.. SEmua bayaran dibuat oleh CIK SU ALIN (Semoga Allah melimpahkan rezeki utk CIK SU ALIN ya..)
Jadi kawan-kawan.. silalah lihat hasil kerja tangan saya yang tak seberapa nih… terima kasih…
SEBELUM TUH, SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA KAKAK2 KESAYANGAN SAYA... KERANA TELAH MENJADI IBU DAN BAPA SAYA SEJAK SAYA KECIL.. WALAU SAYA TAHU SAYA SEORANG ANAK YANG DEGIL.. TAPI SAYA RASA SAYA TELAH DAPAT MEMBANGGAKAN KAKAK2 SAYA DENGAN KEJAYAAN SAYA DARI SEGI PELAJARAN DAN PEKERJAAN (AYAT MACAM PEMENANG ANUGERAH LAK) HAHAHAHA. BUAT MAK SAYA.. RAHMAH YAACOB, AL-FATIHAH SAYA KIRIMKAN DARI KEJAUHAN
Seterusnya.. selamat menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah





"jangan segan2 utk menanyakan atau berminat membuat tempahan"
Saturday, May 21, 2011
Bonda Choc's Order
Assalamualaikum
Uih lama giler tak menulis. Bukan apa tak sempat sebenarnya dan minggu lepas saya bercuti lebih kurang seminggu. Macam biasalah. Bila cuti saya akan pergi rumah kakak saya di Kuala Lumpur. Okey, hari nih saya nak update oder saya dari Bonda Choc’s. Bonda Choc’s oder 10 headband. 5 kuntum simple blossom dan 5 kuntum flower voque.. haha sesuka hati jer bagi nama. Nanti tengok ya gambar kat bawah nih. Nanti u all tahulah kenapa saya letak nama macam tu. Dan 5 kuntum bunga vintage. Yang nih saya buat dwi fungsi. Boleh dijadikan brooch dan clip rambut. Selamat menjamu mata. Kalu nak order jangan lupa ya inbox saya di Ros Rashid facebook
ni ler flower voque yang saya maksudkan.. RM 8 sekuntum. kat tengah tuh letak batu berlian. kasi nampak classy.. anyway, cekak nih leh pakai bersama syiria. lembut beb.
ini ajer utk order dari Bonda Choc's.. moga sudi lagi berurusan dengan saya ya..hehe
terima kasih Allah atas kurniaan rezeki ini
Saturday, April 23, 2011
Acha 5th Birthday Celebration
Alhamdulillah. sebagaimana yang telah diberitahu sebelum ini. Qistina Shop telah diberikan amanah utk menceriakan majlis hari lahir Adriana Batrisya.. kami namakan majlis ini sebagai Acha 5th Birthday Celebration dengan tema ceria si rama-rama)
QIstina Shop bertanggungjawap menyediakan goodies bag. item yang kami letak kan dalam goodies bag ialah keychain, cekak rambut (utk tetamu perempuan), rama2 besar (utk tetamu lelaki dan ahli keluarga pakai), dan plastic kecil utk diletakkan manisan..
label kertas utk keychain dan sticker utk diletakkan di paper bag dan plastik bag utk diletakkan gula2 juga disediakan oleh pihak kami dengan design daripada Little Color Shop..
Jika sesiapa berminat sila hubungi kami utk mendapatkan perkhidmatan ini.. tempoh siap adalah 14 hari bekerja setelah selesai perbincangan mengenai design dan item2 yang hendak dimasukkan dalam goodies bag dengan minimum 30 pack..
Terima kasih Allah .. kerana telah mengembangkan cabang perniagaan kami




